fbpx

Hujan lebat, ribut petir di 8 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Penduduk di lapan negeri dinasihatkan untuk terus berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga ekoran amaran hujan lebat serta ribut petir yang dijangka berlaku sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, amaran ribut petir itu melibatkan negeri di Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah dijangka berlaku sehingga pukul 6 petang hari ini.

Menurut MetMalaysia, di Kedah kawasan bakal mengalami keadaan hujan lebat serta ribut petir adalah Sik, Baling dan Kulim.

“Di Perak, melibatkan kawasan Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Mualim.

“Selain itu, di Pahang, melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron manakala kawasan yang dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat di Selangor adalah di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, di Kuala Lumpur kesemua kawasan bakal mengalami keadaan hujan lebat serta ribut petir, manakala di Negeri Sembilan ramalan sama melibatkan kawasan Jelebu dan Seremban.

Manakala di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Betong, Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu, Mukah, Kapit (Kapit), Bintulu (Tatau), Miri (Marudi) dan Limbang.

“Keadaan cuaca buruk juga diramal berlaku di Sabah, melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat),” jelasnya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI