fbpx

Mekanik maut dihempap dump trak lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas dihempap dump trak lori sewaktu membaiki enjin lori berkenaan dalam kejadian di Jalan Bundusan pagi tadi. -FOTO: IHSAN BOMBA

PENAMPANG – Seorang lelaki maut selepas dihempap dump trak lori sewaktu membaiki enjin lori berkenaan dalam kejadian di Jalan Bundusan pagi tadi.

Mangsa yang juga mekanik berusia 58 tahun terbabit dikatakan dihempap “Hydraulic Dump” yang rebah secara tiba-tiba dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.23 pagi.

“Setibanya dilokasi kejadian, lapan anggota bersama pegawai mendapati mangsa masih terperangkap di bahagian enjin lori 10 tan terbabit dan operasi mengeluarkan mangsa terus dijalankan.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia sebaik berjaya dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, Jurucakap PGO Sabah berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI