fbpx

Kes jangkitan Covid-19 di Kolej Matrikulasi Perak terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi Ghazali (kanan) bergambar bersama seorang murid sekolah selepas mendapat suntikan vaksin di Program PICKids di Dewan Selinsing Semanggol.

BAGAN SERAI – Waris pelajar di Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng tidak perlu bimbang tentang keselamatan kesihatan anak mereka walaupun terdapat penularan jangkitan Covid-19 di kolej ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, kesemua pelajar yang dijangkiti telah diasingkan sejak awal manakala mereka yang bergejala ini tidak menginap di asrama sama.

“Difahamkan pihak kolej telah mengasingkan pelajar-pelajar yang dijangkiti dan ditempatkan ke kuarters kakitangan dan bilik tetamu di kolej itu.

“Manakala pelajar yang tidak dijangkiti pula di asingkan di tempat yang lain dan tidak dibenarkan keluar atau diberi peluang pulang,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin Kanak -Kanak (PICKids) di Dewan Selinsing Gunung Semanggol dekat sini hari ini.

Menurutnya, terdapat 365 kes jangkitan berlaku di kolej itu pada awal 7 Febuari lalu, namun semalam kes telah tiada.

“Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Perak telah menghantar 100 katil ke kolej berkenaan dan jika ada keperluan akan ditambah lagi.

“Kebanyakkan pelajar yang dijangkiti Covid-19 yang melibatkan lima blok itu kebanyakkannya dalam kategori satu dan dua dan hanya beberapa orang pelajar sahaja yang diletakkan di PKRC.

“Jangkitan ini dipercayai disebabkan pelajar -pelajar ini pulang ke kolej setelah cuti sambutan Tahun Baru Cina baru -baru ini.”katanya

Menurut Noor Azmi, Pejabat Kesihatan Daerah atas nasihat Kementerian Kesihatan turut membuat pernilaian risiko terlebih dahulu sebelum membenarkan pembelajaran secara bersemuka dapat dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI