fbpx

191 ibu hamil meninggal dunia akibat Covid-19 sejak 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Hisham.

PUTRAJAYA – Sebanyak 18,277 kes Covid-19 melibatkan golongan ibu hamil telah dilaporkan di seluruh negara sejak Mac 2020 sehingga Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 191 kes kematian telah dilaporkan melibatkan ibu hamil disebabkan oleh komplikasi jangkitan Covid-19 sejak pandemik tersebut bermula.

“Kesemua kematian melibatkan ibu hamil yang dilaporkan dikesan berlaku pada tahun 2021 dan pada tahun ini sehingga 15 Februari lalu tiada sebarang kes kematian melibatkan ibu hamil disebabkan oleh jangkitan Covid-19 dilaporkan.

“Berdasarkan analisa pada data yang diperolehi, sebanyak 79 peratus darupada kes kematian didapati tidak menerima vaksin Covid-19 manakala 83 peratus kes kematian pula mempunyai komorbid,” katanya menerusi satu perkongsian di laman Facebook hari ini.

Menerusi jadual data bilangan kematian ibu hamil disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19 yang turut dikongsikan, Dr. Noor Hisyam memaklumkan bahawa kematian tertinggi dalam kalangan ibu hamil direkodkan berlaku pada Ogos tahun lalu dengan 77 kematian.

Jelas beliau, liputan vaksin yang tinggi iaitu sebanyak 94.7 peratus pada umur 18 tahun dan ke atas telah tercapai pada Oktober tahun lalu menjadi penyumbang kepada penurunan kematian ibu hamil akibat komplikasi Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI