KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan tiga beradik dibawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dikembalikan kepada ibu kandungnya.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan habeas corpus yang difailkan ibu kanak-kanak berkenaan Loh Siew Hong, 34.
Dalam permohonan itu, wanita tersebut selaku pemohon menamakan seorang pendakwah wanita dari sebuah seorang pendakwah wanita dari sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mualaf selaku responden pertama dan pihak yang menahan ketiga-tiga kanak-kanak itu sebagai responden kedua.
Semasa prosiding, ketiga-tiga anak Siew Hong yang berusia 10 hingga 14 tahun itu ditempatkan dalam bilik saksi dengan pengawasan pihak polis.
Dalam penghakimannya, hakim Collin berpuas hati bahawa Siew Hong selaku pemohon telah diberikan hak jagaan, pemeliharaan dan kawalan tunggal terhadap ketiga-tiga anaknya melalui perintah Mahkamah Tinggi pada 31 Mac 2021.
Sebelum ini, Siew Hong, membuat laporan polis bagi meminta kepulangan tiga anaknya yang yang didakwa ditahan seorang pendakwah wanita dari NGO mualaf.
Media sebelum ini turut melaporkan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) kesal dengan tindakan dan kenyataan provokatif Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy dan beberapa ahli politik berhubung isu anak-anak Siew Hong. – KOSMO! ONLINE