fbpx

Konsep Sekolahku Sejahtera lahirkan generasi muda hebat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi menyampaikan ucapan pada Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya hari ini. - FOTO: FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Konsep Sekolahku Sejahtera yang akan dimulakan pada sesi persekolahan akan datang, bermatlamat untuk melahirkan generasi muda yang hebat sekali gus mampu bersaing di peringkat dunia.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, matlamat tersebut boleh dicapai melalui penjiwaan terhadap 14 elemen penting yang terkandung di bawah Konsep Sekolahku Sejahtera.

“Konsep Sekolahku Sejahtera ini beri tumpuan kepada 14 elemen namun, bukan bermakna nilai lain tidak penting. Pendekatan konsep ini adalah untuk memastikan anak-anak yang lahir daripada sistem pendidikan negara dapat berdaya saing.

“Selain itu, kita jelaskan bahawa ini bukan satu mata pelajaran baharu atau sisipan mata belajaran sedia ada malah, konsep ini tidak akan menambah beban guru,” katanya pada sidang akhbar Majlis Pelancaran Sekolahku Sejahtera di sini hari ini.

Antara elemen penting berkenaan adalah selamat, seronok, sihat, etika, empati, jati diri, adab sopan, harmoni, tekun, teliti, terampil, eksplorasi, rasional dan artikulasi.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan, pendekatan yang boleh digunakan oleh guru ialah dengan menerapkan konsep tersebut melalui pelbagai aktiviti selain sesi pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas.

“Guru menerapkan konsep ini secara semula jadi. Contohnya sekiranya mengajar mata pelajaran Sejarah, mereka mengajar topik serta turut berkait rapat 14 elemen tersebut.

“Apa yang penting anak-anak menjiwai konsep ini dan kita yakin kalau mereka betul-betul menjiwainya, ia mampu melahirkan generasi hebat dan mempu bersaing di peringkat dunia,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI