PETALING JAYA – Shikin Maembong menafikan ada menggunakan wang bekas mentua, Cef Wan ketika berkahwin dengan anak lelaki selebriti itu dan merasakan dirinya difitnah cef terkenal terbabit. sebenar, Shikin melalui perkongsian Instagram Story menafikan pendedahan yang dibuat cef terkenal itu dan menganggap dakwaan tersebut adalah satu fitnah.
Katanya, dia menjalankan perniagaan bersama bekas suami, Mohd Nadzri Redzuwan atau Cef Riz bagi menanggung sepenuhnya kos perkahwinan.
“Sebenarnya duit perkahwinan kami seratus peratus daripada duit sendiri, saya dan bekas suami buat perniagaan Elken ketika itu.
Berita berkaitan: Miskin sangat ke nak saman saya RM1 juta? – Chef Wan
“Kita kumpul duit sendiri dan kahwin guna duit sendiri, tiada satu sen pun guna duit bapa mertua.
“Apa yang dia pos adalah fitnah dan saya rasa semua kena tahu hal yang sebenar,” katanya tegas.
Sebelum ini, Cef Wan membuat hantaran di media sosial mendedahkan berasa terkilan selepas menerima surat tuntutan saman daripada Shikin selain mengatakan menanggung perkahwinan bekas menantunya itu.
Sementara itu, Shikin menuntut saman malu berpunca daripada teguran terbuka Cef Wan mengenai perbalahan Shikin dengan bekas suami, Nadzri berhubung soal anak.
Shikin atau nama sebenar Siti Nur Ashikin, mendirikan rumah tangga bersama Nadzri pada tahun 2014 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan sebelum bercerai pada 2016. – KOSMO! ONLINE