fbpx

9 ditahan jadikan hotel sarang pelacuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara wanita tempatan ditahan kerana terlibat dalam kegiatan pelacuran di sebuah hotel sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman dalam serbuan pada pukul 7 petang tadi.

KUALA LUMPUR – Sembilan individu ditahan polis kerana menjalankan kegiatan pelacuran dalam serbuan dekat sebuah hotel di Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini lewat petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, tangkapan pada pukul 7 petang itu dibuat susulan serbuan oleh Bahagian D7 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

“Kita menahan tiga lelaki bertindak sebagai penjaga dan enam wanita tempatan yang menjalankan kegiatan pelacuran.

“Selain itu, kita turut merampas beberapa kondom, jadual kerja, tuala, minyak urut dan wang tunai berjumlah RM2035,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 372(B) dan Seksyen 373 Kanun Keseksaan kerana terbabit dalam aktiviti pelacuran. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI