fbpx

Suami tendang isteri selepas kantoi ‘dating’ dengan kekasih gelap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksi pergaduhan tersebut disaksikan oleh penduduk setempat yang hanya memerhatikan tanpa membantu. – Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video yang memaparkan pergaduhan antara sepasang suami isteri menjadi tular di media sosial Indonesia kerana insiden tersebut bertukar menjadi serius, lapor laman Berita Hits semalam.

Berdasarkan video yang dikongsikan di laman Instagram, kelihatan sepasang kekasih pada awalnya sedang berjalan di sebuah lorong sempit antara dua buah rumah.

Seorang wanita kemudian dilihat datang dari arah belakang, yang dipercayai merupakan isteri kepada lelaki berkenaan.

Meskipun dihalang oleh beberapa orang, namun si isteri nekad untuk berdepan dengan si suami serta kekasih gelapnya, lantas pertengkaran mula berlaku.

Apabila menyedari kata-katanya tidak dihiraukan, si isteri lantas mencapai sebuah bekas kaca yang ada di hadapan salah sebuah rumah di situ, lalu cuba melempar ke arah suaminya.

Lelaki tersebut cuba menghalang tindakan isterinya lantas bertindak menendang wanita itu.

Kedua-dua mereka kemudiannya bergaduh dan wanita itu berkali-kali memukul bekas kaca ke atas badan suaminya. Dalam masa sama, lelaki berkenaan menendang isterinya berkali-kali tanpa belas kasihan.

Tidak lama selepas itu, si suami dilihat berlalu dari situ dan bersiap sedia untuk menghidupkan enjin sebuah motosikal sebelum si isteri mula bertengkar dengan teman wanitanya.

Pergaduhan kedua-dua wanita itu kemudian dileraikan oleh lelaki tersebut sebelum dia berlalu pergi  meninggalkan si isteri dengan menaiki motosikal bersama kekasih gelapnya.

Insiden tersebut dirakam berlaku di hadapan beberapa penduduk setempat yang hanya memerhatikan tanpa cuba meleraikan pergaduhan. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI