fbpx

Kekal berfesyen unik, Aina elak jadi mangsa parodi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AINA ABDUL

PETALING JAYA – “Harap baju saya tidak menjadi bahan parodi lagi.”

Demikian respons penyanyi popular, Aina Abdul mengenai bisana yang bakal dipakainya pada pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) pada 6 Mac lalu.

Katanya, baju yang dipakainya nanti akan menggambar tentang dua buah lagu yang bakal disampaikannya iaitu Sepi dan Nafas Cinta duet bersama Khai Bahar.

“Tentang pakaian, saya masih mengekalkan cara sendiri tetapi tidak akan lari daripada maksud lagu yang disampaikan.

“Namun, kalau boleh saya nak elakkan baju-baju saya dijadikan bahan parodi yang teruk seperti sebelum ini. Harap penonton seuka dengan dua persembahan saya nanti,” katanya.

Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 29, berkata demikian pada sidang akhbar secara virtual AJL36 hari ini.

Berkongsi mengenai persiapannya menjelang AJL36, pelantun Semalam itu memberitahu dia tidak terlalu mengikut petua tetapi hanya memastikan diri mendapatkan rehat yang mencukupi.

“Sebenarnya saya bukan seorang yang terlalu menjaga pemakanan atau mengikut petua.

“Namun jika tarikh persembahan semakin hampir, saya akan mengelakkan daripada mengambil sebarang makanan yang boleh menjejaskan suara.

“Paling penting ialah keadaan mental perlu stabil dan sihat. Suara saya akan ikut mental, jika lemah, suara saya pun begitu,” katanya lagi.

Sebelum ini, busana yang dipakai Aina dalam beberapa persembahan pentasnya mendapat perhatian ramai sehingga dijadikan bahan parodi oleh netizen seperti plastik sampah dan tilam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI