fbpx

Belajar teknik pemasaran dan penjenamaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Orang ramai dijemput untuk mempelajari cara pemasaran dan penjenamaan berkesan bagi menghadapi pelbagai cabaran bisnes tahun ini.

Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Radz Mohd. berkata, bimbingan tersebut akan dikongsikan sendiri oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman pada 4 hingga 6 Mac nanti.

Jelasnya, pendaftaran bagi tiket percuma akan dibuka sehingga 22 Februari ini.

“Selepas itu, bayaran akan dikenakan kecuali bagi mereka yang memenuhi terma dan syarat ditetapkan.

“Justeru, RichWorks menyeru agar usahawan untuk tidak bertangguh dan mendaftar dengan segera,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Tambah Radz, Siri Klinik Usahawan Bina Bisnes Berjaya – Branding & Marketing Power 2022 akan dijalankan 100 peratus dalam talian berikutan kes jangkitan Covid-19 semakin meningkat.

“Program ini tidak boleh dilepaskan kerana usahawan akan didedahkan dengan cara berkesan yang dapat membantu bisnes mereka,” ujarnya.

Untuk maklumat lanjut, imbas kod QR tertera atau layari binabisnesberjaya.com.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI