fbpx

Adakah anda ada impian bina kehidupan dan kewangan yang lebih baik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZAN bersama lebih 300 usahawan Titanium daripada pelbagai industri dalam sesi Inner Circle Meeting (ICM) bagi menyediakan mereka untuk 2022 di Pulau Langkawi, baru-baru ini.

SEJAK 14 tahun lalu, saya bersama RichWorks telah bekerja dengan ramai orang bagi bantu mencapai impian mereka melalui bisnes yang dijalankan.

Bukan seorang dua ya, ribuan sudah dibimbing dan mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang serta tahap kehidupan. Tidak semestinya kena ada ‘darah berniaga’.

Ada suri rumah, pegawai kerajaan, peguam, doktor, guru tadika, pensyarah, jurutera, pelajar, kerani, pegawai bank, akauntan dan lain-lain.

Banyak kisah anak-anak didik saya yang sudah dan sedang mencapai impian mereka. Bermula daripada hasrat untuk bantu keluarga dan suami, kini mahu bantu pasukan – staf, ejen, dropship malah suri rumah di luar sana.

Contohnya Nur Aini Zolkepeli, impiannya dulu hanya untuk bantu suami meringankan bebanan kewangan.

Nur Aini faham akan kepentingan ilmu dan daripada situ bisnes beliau mula berkembang bersama bimbingan RichWorks.

Kini pengasas kosmetik mesra wuduk, Nurraysa itu mampu melahirkan beberapa suri rumah seperti dia dahulu yang mampu capai jualan jutaan ringgit melalui platform bisnes.

Dan seorang lagi ialah anak muda yang datang daripada keluarga bukan peniaga iaitu Pengasas Muiz Hot Chicken, Muhammad Muizzuddin Remle yang mula berniaga ayam goreng secara kecil-kecilan pada 18 Februari 2013.

Jualan hari pertamanya cuma RM20. Dari gerai tepi jalan di Parit Raja, Johor, beliau kini mempunyai lebih 85 kios dengan jualan mencapai jutaan ringgit.

Muiz sedar, pentingnya ilmu untuk bisnesnya dapat berkembang.

Usahawan-usahawan ini semuanya ada impian dan kesungguhan untuk mencapainya. Jika mereka ini boleh melakukannya, mengapa anda tidak!

Sehubungan itu, anda perlu tanya empat perkara penting ini untuk capai impian:

1. Apa yang anda ingin jadi, miliki dan capai?
Tulis dengan jelas seperti inginkan kehidupan dan kewangan lebih baik, miliki rumah sendiri dan capai jualan RM1 juta yang pertama.

2. Apa yang menghalang anda?
Kenal pasti sebenarnya apa perkara yang menghalang anda. Adakah disebabkan faktor luaran, ataupun diri anda sendiri? Sudah ke lakukan sebaik mungkin, buang ego dan dapatkan bimbingan yang ada proven results.

3. Bolehkah anda melakukannya seorang diri?
Dalam membina bisnes berjaya bagi mencapai impian, anda tak boleh lakukan seorang diri. Ia akan mengambil masa lama dan melanggar banyak dinding tanpa ada mentor serta ilmu.

4. Jika anda boleh capai impian itu dengan lebih pantas dan cara yang terbukti?
Betul-betul tanya diri kerana kuncinya ada pada anda. Tiada sesiapa dapat mengubah anda, jika anda sendiri tak nak berubah.
Sanggup ke untuk berikan komitmen yang luar biasa? Saya dan RichWorks mahu bantu bangsa usahawan yang nak bangkit dan capai impian masing-masing.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI