fbpx

Wanita tukar nama jadi ‘Unicorn’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Marie mewarnakan rambutnya dengan warna-warna yang dikaitkan dengan unicorn selain memakai tanduk menyerupai makhluk mitos itu. - Kennedy News and Media

LONDON – Seorang wanita yang obses dengan makhluk mitos unicorn bertindak menukar namanya kepada Marie Unicorn Sparkles kerana menganggap nama sebenarnya tidak membawa kebahagiaan, lapor laman berita Ladbible kelmarin.

Marie yang sebelum ini dikenali sebagai Marie Naisbitt menukar namanya secara sah di sisi undang-undang  tiga tahun lalu selepas mendapat inspirasi daripada siri realiti Netflix, Marie Kondo yang dikatakan menggambarkan diri sebenarnya.

Dia turut mewarnakan rambutnya dengan warna-warna yang dikaitkan dengan unicorn selain memakai tanduk menyerupai makhluk mitos itu.

Selepas orang di sekeliling memberitahunya bahawa dia kelihatan sama seperti seekor unicon, ia menguatkan semangat Marie untuk menukar namanya pada 2019.

“Saya menukar nama kerana ingin menjadi diri sendiri. 

“Saya juga mempunyai sebuah perniagaan yang dinamakan Unicorn Beauty Club dan orang ramai sering memanggil saya dengan panggilan ‘Unicorn lady’ kerana saya amat obses dengan haiwan itu,” ujar Marie.

Tambah ibu kepada dua anak itu, dia menjadi obses dengan unicorn sejak dari kecil. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI