PETALING JAYA – Yayasan Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan berjumlah RM570,000 untuk 26 lokasi di Johor sempena pembukaan semula sesi persekolahan 2022/2023 pada bulan Mac depan.
Pengerusinya, Datuk Wira Megat Zulkarnain Omardin berkata, bantuan itu melibatkan seramai 5,700 murid sekolah rendah dan menengah.
“Bantuan diberikan dalam bentuk wang tunai sebanyak RM100 bagi membantu ibu bapa atau penjaga membuat persiapan awal untuk anak-anak dalam memulakan sesi persekolahan.
“Sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu keluarga B40 menguruskan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan bagi pembelian set baju, kasut dan stoking serta beg sekolah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE