fbpx

Mati lemas sebelum sempat sambung belajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zainab memegang foto Ahmad Solihin yang maut akibat lemas di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali, Dungun hari ini.

DUNGUN – Hasrat seorang pemuda untuk menyambung pelajar ke peringkat ijazah sarjana muda tidak kesampaian apabila dia maut akibat lemas di Sungai Dungun berhampiran Kampung Rajawali di sini semalam.

Mayat Ahmad Solihin Ishak, 22, ditemui terapung berhampiran pam penyedut pasir kira-kira 700 meter dari lokasi dia dikhuatiri hilang pada pukul 9.25 pagi tadi.

Ibunya, Zainab Mohamad, 57, berkata, Ahmad Solihin yang merupakan lulusan Diploma Rekabentuk di Kolej Kemahiran Tinggi Mara Kuantan, Pahang pernah menyatakan hasrat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun ini.

“Buat masa ini, dia yang merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik sedang membuat persediaan untuk mengambil peperiksaan MUET (Malaysia University English Test).

“Anak saya sanggup berhenti kerja sementara di Johor untuk menumpukan perhatian mengambil MUET seterusnya melanjutkan pelajaran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Zainab yang menetap di Kampung Sura Gate di sini berkata, naluri keibuannya tidak sedap hati apabila Ahmad Solihin memberitahu mahu mandi sungai bersendirian. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI