fbpx

Pemandu lori tidak sempat seludup PATI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu lori dan empat PATI yang dicekup PGA, semalam.

KLANG – Kegiatan seorang pemandu lori menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) sejak dua bulan lalu berakhir apabila dicekup bersama empat PATI sekitar Kampung Tok Muda, Kapar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah hari, kesemua lelaki yang ditahan berusia 16 hingga 45 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Rizal Mohamed berkata, pihaknya terlebih dahulu berjaya menangkap empat PATI yang dikatakan tiba pukul 4 pagi semasa membuat rondaan di kawasan berkenaan.

Katanya, empat PATI itu dikatakan berlepas dari Tanjung Balai di Indonesia kira-kira pukul 1 pagi Rabu lalu.

“Setiap PATI dikenakan bayaran tambang masuk RM1,300 dan akan dibawa tekong darat itu ke rumah ampungan di kawasan berdekatan.

“Mereka akan dikumpulkan terlebih dahulu sebelum dihantar ke sekitar kawasan Lembah Klang dan Seremban dipercayai untuk bekerja sektor buruh binaan dan pembantu kedai runcit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Rizal menambah, hasil siasatan turut mendapati tekong darat itu adalah warga asing dan baharu dua bulan aktif dalam kegiatan penyeludupan berkenaan.

Ujarnya, tekong tersebut mempunyai pekerjaan sepenuh masa sebagai pemandu lori di sebuah syarikat di daerah ini.

“Dia (tekong darat) dikatakan mengambil upah RM50 untuk seorang PATI yang dibawanya.

“Kita turut merampas sebuah kereta dan telefon bimbit dianggarkan RM7,500,” jelasnya.

Beliau menegaskan, kesemua tangkapan dan rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara untuk tindakan lanjut di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan Akta Imigresen 1963. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI