PETALING JAYA – Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) mengumumkan pelantikan Presiden baharu, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi.
PSKLM dalam satu kenyataan memberitahu, pelantikan itu dibuat selepas pemilihan menerusi Mesyuarat Agong PKSLM ke-11 yang diadakan baru-baru ini.
Sementara itu, PSKLM turut mengumumkan pelantikan Timbalan Presiden baharu, Azmee Nin dan Setiausaha iaitu Wan Salwani Wan Yusoff.
Difahamkan, PSKLM adalah salah satu platform bagi menangani isu-isu penting yang berkaitan dengan operasi lebuh raya di Malaysia.
Ia juga menjadi medium perantaraan bagi membincangkan isu-isu semasa yang dihadapi oleh pengguna seperti kadar tol, operasi dan penyelenggaraan. – KOSMO! ONLINE