fbpx

Madu tiruan umpama ‘racun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENTERNAK kelulut, Izhar Johari menunjukkan madu kelulut asli kepada Ishar di Kampung Padang Panjang, Bukit wang, Jitra.

JITRA – Pengguna madu asli terutama bagi tujuan kesihatan mengeluh kerana sukar bagi mereka untuk membezakan antara madu asli dengan tiruan yang dijual di pasaran.

Menurut Ramli Ahmad, 46, dia mengamalkan madu sebagai salah satu ikhtiar bagi penyakit kulit yang dihadapinya.

“Saya pernah beli madu yang diletakkan di kedai-kedai makan selain dekat pusat peranginan tanah tinggi dan mengesyaki ia adalah tiruan.

“Ini kerana selepas menggunakannya, kulit pada badan saya akan menjadi lebih teruk dan kering,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Katanya, dia terkilan dengan peniaga yang tidak bertanggungjawab menjual madu tiruan untuk mengaut untung berlebihan.

“Pengguna beli untuk me­nyembuhkan penyakit dan bila ditipu, sudah pasti kita akan rasa kecewa dan jadi takut untuk membeli madu lagi,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, dia hanya membeli madu asli terus daripada penternak yang dipercayai.

Luahan sama disuarakan seorang lagi pengguna, Ishar Md. Zain, 57, memberitahu, dia pernah terbeli madu kelulut disyaki tiruan pada harga RM60 bagi botol besar.

“Saya ada penyakit diabetes dan selepas ambil madu itu paras gula darah terus meningkat. Bahaya madu tiruan ini kerana ada yang ditambah dengan air gula,” ujarnya.

Tambahnya, dia tidak lagi berani untuk beli madu di luar dan hanya mendapatkannya terus daripada ladang ternakan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI