fbpx

Jawi lancar pusat khidmat kekeluargaan di tiga masjid di Kuala Lumpur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad (kiri) merasmikan pembukaan pusat khidmat kekeluargaan di Masjid Al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur, hari ini.

PUTRAJAYA – Warga Wilayah Persekutuan kini boleh mendapatkan khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial secara percuma yang disediakan di tiga buah masjid di sekitar Kuala Lumpur.

Inisiatif Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) itu adalah kesinambungan daripada Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) dan Anjung Khidmat Keluarga JAWI (Akuaja) yang diperkenalkan sebelum ini.

Jawi menerusi satu kenyataan berkata, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan dan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati adalah tiga masjid yang dipilih menjayakan inisiatif terbaharu itu.

Menurutnya, sembilan fasilitator berpengalaman telah dilantik oleh Jawi bagi mengendalikan khidmat nasihat kekeluargaan dan isu sosial itu.

“Orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan itu secara percuma melalui ‘walk in’ atau berdasarkan temu janji yang telah ditetapkan.

“Inisiatif ini bertujuan menjadikan masjid sebagai pusat sehenti yang menawarkan pelbagai perkhidmatan merangkumi kerohanian dan keilmuan, ekonomi, sosial serta kekeluargaan,” katanya.

Tambah kenyataan itu, sebelum ini, Jawi melancarkan lima PKKSK dan Akuaja di Kuala Lumpur dan Putrajaya yang turut menawarkan kemudahan sama.

Pusat itu terletak di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, UTC Mini Keramat, Masjid Usamah Bin Zaid Wangsa Maju, Surau Al-Iman Presint 9 dan Surau Al-Furqan Presint 11, Putrajaya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI