fbpx

Liverpool bakal turun tanpa khidmat Jota

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOTA mengalami kecederaan buku lali ketika Liverpool menewaskan Inter pada aksi Liga Juara-Juara sebelum ini. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mengakui bimbang dengan kecederaan dialami penyerang, Diogo Jota menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Norwich City di Anfield malam ini.

Pemain antarbangsa Portugal itu dilaporkan mengalami kecede­raan buku lali ketika membantu The Reds mencatat kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan pada pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara kelmarin.

Justeru, Jota mungkin direhatkan pada pertemuan dengan Norwich, sekali gus bakal menjejaskan momentum pasukan itu yang dilihat banyak bergantung terhadap jaringan pemain tersebut dalam beberapa perlawanan terdahulu.

“Saya gembira dengan aksi yang ditampilkan oleh semua pemain ketika bertemu Inter sebelum ini, cuma kami bakal kehilangan khidmat Diogo (Jota) selepas dia cedera ligamen buku lali.

“Saya tidak tahu berapa lama dia perlu direhatkan kerana kecederaan itu masih belum dibuat pemeriksaan lanjut. Saya dapat lihat buku lalinya bengkak,” kata Klopp.

Ketiadaan Jota yang merupakan penjaring kedua terbanyak The Reds dalam saingan EPL musim ini pastinya memberi ke­san ketika mereka mahu menekan Manchester City di persada liga.

Ketika ini, kedua-dua pasukan dibezakan sembilan mata dengan Liverpool masih kurang satu perlawanan, sekali gus berpeluang untuk terus mencabar kejuaraan liga. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI