fbpx

Aliff Syukri lega mahkamah tolak saman Ali Puteh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aliff Syukri menzahirkan rasa syukur atas keputusan mahkamah hari ini.

PETALING JAYA- Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman melahirkan rasa syukur selepas mahkamah menolak saman fitnah dikemukakan Ali Puteh terhadap dirinya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Menerusi hantaran Instagram dimuat naik Aliff Syukri sebentar tadi, usahawan kosmetik itu melahirkan rasa syukur selepas keputusan mahkamah berpihak kepadanya selepas bertahun perbicaraan dijalankan.

“Alhamdulillah, semuanya sudah selesai setelah bertahun kes ini berlangsung. Mahkamah akhirnya memberi keputusan hari ini.

“Tiada yang mampu saya ucapkan melainkan memanjatkan rasa syukur,” katanya.

Terdahulu, saman fitnah dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya dengan kos sebanyak RM13,000 terhadap Aliff Syukri dan balu Allahyarham Abam Bocey iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali ditolak mahkamah.

Dalam saman itu, Ali Puteh dan keluarga memfailkan saman fitnah terhadap Aliff Syukri dan Siti Norhidayah berhubung satu temu bual yang disiarkan secara langsung di akaun YouTube usahawan kosmetik itu.

Temu bual itu didakwa telah menjatuhkan maruah, mengaibkan dan memfitnah Ali Puteh sekeluarga selaku plaintif.

Sementara itu, rata-rata netizen mengucapkan terima kasih kepada Aliff Syukri dengan menyifatkan video temu bual bersama Siti Norhidayah dibuatnya sebagai antara faktor kemenangan kepada kes itu.

“Ini semua bermula daripada Datuk, orang nampak macam menyibuk tetapi mungkin kehadiran Datuk sebagai insan membantu mereka memerlukan,” kata Farhana.

“Sedekah dekat Hamzah saja Datuk, pahala untuk anak yatim,” cadang Yoojina93.

“Sebab Datuk buat video kita tahu keadaan Siti Norhidayah, kalau tidak mungkin ramai tidak tahu. Terima kasih Datuk,” jelas S_asyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI