fbpx

Semangat baharu Ferrari membara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FERRARI meletakkan harapan yang tinggi terhadap jentera baharu mereka F1-75 untuk mencabar kejuaraan musim ini. – AFP

MARANELLO – Pelumba Monaco, Charles Leclerc meletakkan harapan tinggi pada jentera baharu Ferrari F1-75 sekali gus berharap mereka mampu mencabar pasukan Mercedes dan Red Bull untuk merebut gelaran Formula Satu (F1) tahun ini.

Untuk rekod, Ferrari tidak memenangi gelaran pengeluar untuk tempoh 14 tahun dan pasukan berpangkalan di Maranello, Itali tersebut menduduki tangga ketiga keseluruhan musim lalu serta keenam pada 2020.

Ferrari yang meraih 16 gelaran pengeluar dan terakhir memenangi gelaran tersebut pada 2008 bertekad untuk meletakkan pasukan itu kembali di landasan sebenar untuk memburu kemenangan mereka semula.

Kali terakhir, Ferrari menjulang kemenangan iaitu di Grand Prix (GP) Singapura menerusi kemenangan 1-2 menerusi Sebastian Vettel dan Leclerc.

Kini, Leclerc dan pemandu dari Sepanyol, Carlos Sainz akan meneruskan perjuangan Ferrari dalam usaha untuk memecahkan dominasi Mercedes serta Red Bull pada musim 2022.

“Sudah pasti kami meletakkan jangkaan sangat tinggi kerana kami adalah Ferrari dan kami sentiasa diharap dapat memenangi perlumbaan.

“Bagaimanapun, kami hanya akan tahu sebaik sahaja berada di dalam landasan perlumbaan,” kata Leclerc ketika sesi pengenalan jenteranya itu malam kelmarin.

Nama jentera F1-75 diambil sempena daripada ulang tahun pasukan Ferrari 75 tahun sejak pengasas Enzo Ferrari mengeluarkan mesin pertama mereka pada tahun 1947. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI