PETALING JAYA – Penduduk di negeri Perak, Pahang, Selangor dan Johor dinasihatkan sentiasa berwaspada ekoran amaran ribut petir, hujan lebat serta angin kencang.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam satu laporan berkata, di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar dan Batang Padang.
“Selain itu, di Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron, Bentong dan Rompin.
“Manakala di Selangor melibatkan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” katanya.
Menurutnya, keadaan cuaca buruk itu dijangka berlaku sehingga pukul 9 malam ini.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran di Johor bagi kawasan Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga pukul 8 malam.- KOSMO! ONLINE