fbpx

Hentikan spekulasi berkaitan kes Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abd Jalil (tengah) ketika sidang akhbar berkaitan kes membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew di IPD Tenom hari ini. /FOTO IVAN AMIRUL

TENOM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan pertuduhan membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, ia bagi memastikan prosiding perbicaraan membabitkan pendakwah bebas berkenaan berjalan lancar.

“Siasatan dijalankan merangkumi pelbagai aspek termasuklah kemungkinan wujudnya tuduhan fitnah.

“Bagaimanapun, hasil siasatan serta bukti-bukti yang nyata, pendakwaan ke atas pendakwah itu akan diteruskan.

“Ia berikutan hasil siasatan daripada laporan polis yang diterima daripada seorang mangsa di daerah Tenom pada 7 Ogos tahun lalu.

“Oleh itu, kita memohon semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi dan provokasi bagi memastikan prosiding perbicaraan berjalan lancar,” katanya ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tenom, dekat sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abd Jalil memaklumkan setakat ini sebanyak 11 pertuduhan dikenakan terhadap pendakwah berkenaan melibatkan gangguan seksual dengan maksud mengaibkan kehormatan seorang wanita melalui aplikasi WhatsApp di daerah Tenom. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI