fbpx

Kertas siasatan kes dadah ADUN ke pejabat pendakwaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustafa Kamal (kiri) dan Terence Naidu.

GEORGE TOWN – Kertas siasatan berhubung kes Ahli Dewan Undangan (ADUN) Pasir Berdamar di Perak, Terence Naidu yang didakwa positif dadah telah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, selain kertas siasatan, polis juga telah menyerahkan laporan patologi kepada pihak berkenaan.

“Kertas siasatan telah diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri pada 3 Februari lalu.

“Setakat ini kami masih belum menerima sebarang makluman daripada Pengarah Pendakwaan Negeri dan masih menunggu tindakan selanjutnya,” katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Sebelum ini, Terence dilaporkan ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan karaoke (KTV) di Perai dekat sini pada 13 Januari kerana disyaki positif dadah.

Bagaimanapun, Terence melakukan ujian kedua air kencing di sebuah klinik swasta di Pulau Pinang dan mendakwa dirinya didapati negatif dadah.

Peguam Terence, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan dilaporkan berkata, ujian itu dilakukan pada 15 Januari lalu iaitu sehari selepas beliau dibebaskan dengan jaminan polis. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI