fbpx

Pemandu kereta masuk laluan motosikal dikecam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tersebut yang kini tular di media sosial.

PETALING JAYA – Tindakan seorang pemandu memandu secara berbahaya tular di media sosial dan mendapat kecaman orang ramai.

Menerusi rakaman kamera papan pemuka yang dikongsi di laman Facebook Sukan Star TV memaparkan, sebuah kenderaan tiba-tiba menukar lorong secara melulu sebelum masuk ke lorong motosikal.

Bagaimanapun tidak dinyatakan di mana kejadian itu berlaku.

Pemilik video tersebut yang terkejut dengan tindakan pemandu itu bagaimanapun sempat memberhentikan kenderaannya dan mengelak daripada berlanggar dengan kenderaan itu.

Beberapa penunanggang motosikal dilihat membunyikan hon terhadap kereta tersebut tetapi tidak diendahkan dan pemandu terus memandu di dalam lorong motosikal terbabit.

Tinjauan Kosmo! di ruang komen mendapati rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan pemandu tersebut yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan jalan raya.

Bagaimanapun, ada juga yang mendakwa pemandu itu mungkin sedang menggunakan aplikasi penunjuk arah dan keliru dengan arahan yang diberikan.

“Aku peliklah zaman sekarang ni macam mana mereka belajar undang-undang jalan raya, dia ni pergi belajar atau guna lesen terbang,” kata Faizal.

“Mesti salah ikut sangat waze tu, depan sana sikit tu memang ada susur keluar ke kiri. Kebanyakan orang zaman sekarang tak pandai nak baca ‘sign board’, terlalu ikut waze,” ujar Nazief.

“Kagum jugak dengan pemilik rakaman ini, bukan sahaja tak mencarut, satu patah perkataan pun tak keluar daripada mulut dia,” jelas Asyraf pula.

Sehingga kini video tersebut telah ditonton lebih 24,000 kali dan mendapat lebih 200 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI