fbpx

Bekas Pengarah AADK Melaka nafi terima suapan RM5,900

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh (kiri) didakwa menerima suapan bernilai RM5,900 bagi kerja-kerja penyelengaraan dan pembekalan membabitkan agensi itu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

MELAKA – Bekas Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Melaka, Mohamad Yusof Kameh menafikan dakwaan bahawa beliau menerima suapan bernilai RM5,900 bagi kerja-kerja penyelengaraan dan pembekalan membabitkan agensi itu di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Dia yang kini berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah AADK Pulau Pinang, membuat pengakuan itu sejurus empat pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan satu hingga empat, tertuduh sebagai penjawat awam iaitu Pengarah AADK Melaka didakwa telah menerima suapan wang tunai berjumlah keseluruhan RM5,900 daripada Budyarif Rahmat.

Wang tunai itu adalah sebagai upah memilih tiga buah syarikat bagi kerja-kerja menyelenggara lokap dan set generator di AADK Daerah Jasin serta pembekalan beg kertas dan kelengkapan bagi Program Kembara Perdana Bulan AADK negeri.

Kesemua kesalahan itu dilakukan tertuduh di Pejabat AADK Melaka, Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh antara 24 November 2017 sehingga 19 Mac 2019.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Tertuduh yang berusia 55 tahun itu juga ditawarkan dengan empat tuduhan pilihan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI