fbpx

PRN Johor: Rundingan kerusi Muda-PKR gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parti Muda dan PKR gagal mencapai kesepakatan dalam rundingan meletakkan calon-calon untuk bertanding pada PRN Johor, 12 Mac nanti.

JOHOR BAHRU – Rundingan kerjasama politik antara Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) dan PKR sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor gagal mencapai kata sepakat.

Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, hal itu kerana PKR telah mengumumkan calon di kesemua 20 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diserahkan kepada PKR oleh Pakatan Harapan (PH).

Menurut beliau, sekiranya pertindihan kerusi berlaku antara Muda dan PKR, pihaknya akan menyerahkan perkara itu kepada kuasa rakyat.

“Muda telah memberi usaha dan komitmen berterusan untuk mengelak pertindihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang kerana fokus Muda adalah membawa perubahan yang baik kepada Negeri Johor.

“Melalui rundingan rasmi bersama DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), Muda telah berjaya mengelak sebarang pertindihan kerusi.

“Muda juga telah mengadakan rundingan rasmi bersama pimpinan PKR, namun PKR telah membuat keputusan mengumumkan senarai calon di 20 kerusi sekali gus menamatkan rundingan rasmi bersama Muda,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Syed Saddiq, bagaimanapun Muda telah menyampaikan niat dan hasratnya untuk mengelak sebarang pertindihan kerusi Muda-PKR kepada rakan DAP dan Amanah.

Terdahulu, Muda telah mencapai persetujuan dengan DAP dan Amanah untuk menjalin kerjasama politik dalam PRN Johor dengan kedua-dua parti komponen PH itu bersetuju menyerahkan enam kerusi DUN kepada Muda. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI