fbpx

Kaum Melayu paling tinggi enggan ambil dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Keengganan menerima dos penggalak dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICK Kids) dalam kalangan masyarakat Melayu ketika ini masih tinggi.

Itu jelas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang akhbar perkembangan Covid-19, hari ini.

Khairy berkata, beliau akui wujud jurang yang amat ketara antara penerimaan dos penggalak dan PICK Kids antara kaum Melayu berbanding kaum yang lain.

“Bukan kita nak lihat perkara ini dari segi sudut perkauman tapi angka itu sangat ketara dimana satu kaum penerimaan dos penggalak sangat tinggi dan kaum lain pula agak rendah.

“Maka, saya rasa kalau kita tidak mengambil kira maklumat tersebut, kita tidak akan dapat melakukan intervensi yang berkesan.

“Apa yang kita tahu sekarang ini, keengganan menerima dos penggalak atau PICK Kids dalam kalangan masyarakat Melayu agak tinggi,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI