fbpx

Revolusi Kim Pan-gon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON (tengah) bersama barisan kejurulatihan diperkenalkan buat kali pertama pada sidang akhbar di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam. – FARIZ RUSADIO

Skuad Harimau Malaya mampu kembali gegar arena antarabangsa

Tiada apa yang mustahil – Pan-gon

PAN-GON bercakap pada sidang akhbar buat kali pertama selepas dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Petaling Jaya semalam.

KETUA jurulatih baharu skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon optimis dengan potensi pasukan kebangsaan yang dilihat mampu kembali menggegar arena bola sepak antarabangsa selepas dilihat kurang bermaya sebelum ini.

Pan-gon memberitahu, keputusan beliau menerima tawaran daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) cukup mudah dilakukan kerana memberi cabaran baharu dalam kariernya meskipun kali pertama mengendalikan pasukan dari Asia Tenggara.

“Saya rasa projek yang dirancang oleh FAM sangat menarik dan saya tidak pernah meragui keputusan untuk menerima tawaran tersebut meskipun saya sepatutnya boleh bersama Korea Selatan ke pentas Piala Dunia 2022 di Qatar (selaku pengarah skuad kebangsaan Korea Selatan).

“Secara jujur, sudah pasti keputusan untuk membimbing skuad Harimau Malaya bakal memberikan tekanan tinggi, tetapi saya bersama barisan kejurulatihan berjanji dapat membawa pasukan ini ke peringkat seterusnya.

“Ini kerana selepas ini kita juga akan bersaing pada kelayakan Pia­la Dunia 2026 yang menjanjikan sembilan slot untuk negara Asia dan saya percaya tiada apa yang mustahil,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Pe­taling Jaya semalam.

KIM PAN-GON

Mengulas mengenai sasaran awal, Pan-gon menganggap ia masih terlalu awal meskipun tugas utama skuad negara nanti adalah untuk mencapai keputusan positif pada kelayakan Piala Asia 2023, Jun depan.

“Mengenai misi saya pada kelayakan Piala Asia 2023, saya akui masih memerlukan masa, tetapi saya berharap dapat melakukan beberapa aksi persahabatan untuk menguji pemain bermula Mac depan,” katanya.

Selain Pan-gon, FAM turut memperkenalkan barisan kejurulatihan yang bakal menjadi ‘tulang belakang’ Harimau Malaya terdiri daripada Pau Marti Vicente (penolong jurulatih), Cho Jun-ho (jurulatih penjaga gol), Dr. Gokhan Kandermir (jurulatih kecergasan) dan Lim Jae-hun (pe­nganalisis).

PAU MARTI VICENTE
LIM JAEHUN
DR. GOKHAN KANDEMIR
CHO JUNHO

 

 

 

 

 

 

 

 

Mengenai posisi seorang lagi penolong jurulatih yang bakal diisi oleh anak tempatan, Pan-gon menjelaskan masih memerlukan masa untuk meneliti senarai pendek calon sebelum membuat keputusan rasmi mengenai lantikan tersebut.

Sebagai rekod, Pan-gon menjadi pengendali import pertama skuad negara dalam tempoh hampir enam tahun selepas Nelo Vingada yang gagal mempamerkan prestasi diharapkan pada tahun 2017.

Pan-gon, 53, telah menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Tan Cheng Hoe selepas meletakkan jawatan pada awal Ja­nuari lalu kerana gagal mencapai sasaran ditetapkan FAM pada kempen Piala AFF Suzuki 2020 yang lalu.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI