fbpx

Kes harian Covid-19 diumum serentak 10 pagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil langkah untuk tidak mengumumkan bilangan kes harian Covid-19 secara berasingan bermula esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, sebaliknya jumlah bilangan kes harian itu akan dimaklumkan pada pukul 10 pagi keesokan harinya.

Beliau berkata, langkah tersebut dibuat bagi memastikan keseluruhan data dapat diperincikan dengan lebih menyeluruh seperti penggunaan katil, bilangan pesakit di unit rawatan rapi dan pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

“Bermula esok, ia akan dimaklumkan bersama data-data yang lain pada pukul 10 pagi.

“Ini supaya kita boleh melihat data kes harian bersama-sama data lain seperti kadar kemasukan ke hospital untuk mengurangkan faktor ketakutan mengenai bilangan kes harian,”katanya pada sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut Khairy berkata, perincian matrik dan data dapat membantu rakyat memahami keadaan sebenar mengenai situasi Covid-19.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI