fbpx

Anak jelaskan kematian ibu bukan sebab dos penggalak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenyataan palsu yang tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dakwaan mengenai seorang guru yang meninggal dunia akibat dos penggalak vaksin Covid-19 yang tular di aplikasi Telegram disahkan palsu.

Kementerian Kesihatan (KKM) sudah mengambil maklum berhubung maklumat palsu yang tular di Telegram baru-baru ini.

KKM dan waris si mati tampil menjelaskan kepada orang ramai mengenai kematian pendidik itu.

Pengguna Twitter, @H_Bakkaniy yang merupakan anak si mati mengecam perlakuan biadab golongan antivaksin yang membuat tuduhan mengenai kematian ibunya tanpa merujuk perkara tersebut dengan waris.

“Punca sebenar kematian ibu saya adalah disebabkan tindak balas ubat pelali (anaesthesia) yang diberikan sebelum prosedur intubasi dan beberapa prosedur lain pada malam sebelum kematiannya.

“Pada November 2018, ibu saya sudah mula menggunakan kerusi roda kerana sakit lutut. Kami sekeluarga masih bersedih di atas pemergiannya, namun ada pula pihak lain tanpa hati menyebarkan berita palsu tentang kematiannya,” jelasnya di kenyataan.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berasa berang dengan tindakan golongan antivaksin yang menyebarkan berita palsu tersebut.

“Puak antivaksin ini, semua hendak salahkan vaksin. Kaki terseliuh pun salahkan vaksin sampai berita kematian (orang lain) pun dibuat ikut sesuka hati,” kata @fathin_perfume.

“Golongan yang tidak mahu vaksin terpulanglah, tetapi jangan gunakan kematian orang lain untuk tegakkan vaksin membawa maut. Tidak fikir perasaan keluarga yang baru kehilangan ibu kemudian disebarkan berita palsu,” ujar @syu1710_. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI