fbpx

Siasatan terhadap 5 pegawai MARA 99 peratus siap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Khusairi (tiga kanan) ketika sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Program Excel ‘Corporate Liability & Organizational Anti-Corruption Plan’ di Hotel Sheraton Imperial, dekat sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan terhadap lima pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) berkaitan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan anak syarikat agensi itu, MARA Corporation (MARA Corp) hampir lengkap.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, pihaknya memberi tumpuan kepada dua isu berkenaan siasatan tersebut serta membuka dua kertas siasatan.

“Kertas siasatan pertama adalah berkaitan lima pegawai MARA yang mana 99 peratus kita sudah siapkan dan akan dikemukakan kepada Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan untuk beliau membuat kajian.

“Yang kedua pula adalah berhubung dengan perbelanjaan kad kredit yang mana ia masih dalam proses siasatan. Saya tak boleh mengulas lebih lanjut kerana siasatan sedang dijalankan,” ujarnya ketika sidang akhbar pada Majlis Pelancaran Program Excel ‘Corporate Liability & Organizational Anti-Corruption Plan’ di Hotel Sheraton Imperial, dekat sini hari ini.

Terdahulu, majlis tersebut telah dirasmikan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki.

Jelas beliau lagi, SPRM juga akan melakukan siasatan berkenaan penggunaan kad kredit dari segi pentadbiran sama ada ia boleh digunakan untuk tujuan peribadi atau rasmi.

“Kalau ada klausa yang mengatakan bahawa penggunaan tersebut melibatkan hal peribadi, maka mereka harus buat bayaran balik.

“Namun, banyak sudut juga kita nak kena tengok termasuk sudut pentadbiran dan juga jenayah. Itupun tak lama lagi kita akan selesaikan,” ujarnya.

Terdahulu, lima pegawai Mara yang dikaitkan dengan isu integriti dan salah guna kuasa membabitkan anak syarikat agensi itu, Mara Corp sudah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Putrajaya, pada pagi Jumaat lalu.

Kelima-lima individu berkenaan merupakan 17 individu yang telah dikenal pasti bagi membantu siasatan tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira 3 petang secara berasingan.

Turut dipanggil untuk dirakam keterangan adalah empat lagi anggota Lembaga Pengarah MARA Corp, empat orang pegawai MARA, tiga pegawai bank dan seorang pegawai daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI