fbpx

Petani tertekan pedal minyak rempuh kedai nasi ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta dipandu seorang petani berusia 72 tahun hilang kawalan lalu merempuh kedai nasi ayam berempah di Bintong, Kangar hari ini.

KANGAR – Seorang lelaki warga emas didakwa tertekan pedal minyak sebelum kereta Perodua Myvi dipandunya hilang kawalan lalu merempuh kedai nasi ayam berempah di Jalan Syed Saffi di Bintong di sini hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari itu tidak melibatkan sebarang kecederaan parah mahupun kemalangan jiwa.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Wari Kiew memberitahu, kejadian berlaku ketika pemandu kereta berusia 72 tahun itu datang dari Kangar untuk membeli makanan di kedai tersebut.

“Semasa sedang membelok masuk ke lorong sebelah kanan jalan bersebelahan kedai makan, mangsa tertekan minyak menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lalu melanggar premis berkenaan.

“Kemalangan tidak melibatkan sebarang kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, kereta itu mengalami kerosakan antaranya lampu hadapan pecah, bumper dan bonet kemek, cermin sisi sebelah kanan patah dan tangki air bocor.

“Jumlah kerugian kerosakan barangan di kedai makan itu belum dipastikan lagi,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI