fbpx

Aktifkan semangat perang lawan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas kesihatan Megaklinik Zahran mengambil sampel saringan ujian Covid-19 secara pandu lalu di Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, semalam. - FARIZ RUSADIO
RIDZAUDDIN ROSLAN
WARTAWAN EKSEKUTIF

JANGKITAN Covid-19 di Malaysia sepanjang minggu ini yang sudah melepasi 20,000 kes sehari memberi petunjuk baharu bahawa satu gerakan besar-besaran daripada rakyat perlu dilakukan semula.

Jika diimbas kembali, kali terakhir Malaysia mencatatkan jangkitan bawah 10,000 kes sehari adalah pada 3 Oktober 2021 iaitu sebanyak 9,066 kes sebelum graf terus menurun sehingga bulan lalu dengan mengekalkan kes jangkitan harian sebanyak empat angka.

Bagaimanapun, lekukan graf jangkitan mencanak naik kembali bermula pada peng­hujung Januari lalu ekoran penularan varian Omicron hingga mencatatkan kes tertinggi sehingga 27,831 kes kelmarin.

Melihat kepada situasi tersebut, tidak mustahil penduduk Malaysia bakal berdepan episod ‘dikurung’ semula sekiranya jangkitan kes Covid-19 terus meningkat selain mencatatkan angka kematian yang tinggi seperti tahun lalu.

Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi keyakinan dan menya­takan pendirian bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak akan dilaksanakan kembali, namun ia bukanlah tiket buat rak­yat negara ini untuk terus berasa selesa.

Sebaliknya, inilah masa paling sesuai buat semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama untuk bergabung atas semangat Keluarga Malaysia untuk melandaikan semula kes seterusnya orang ramai dapat kembali menjalani aktiviti harian seperti biasa.

Pakar Kesihatan Pekerjaan, Kecemasan dan Kesihatan Awam, Dr. Hanafiah Bashirun berkata, peperangan menentang virus Covid-19 perlu diaktifkan semula lebih-lebih lagi jika rakyat mahu meraikan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Konsep peperangan ini mudah sahaja, kita kena kembali berdisiplin dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan. Kalau dilihat, ramai yang sudah alpa atau leka selepas kes jangkitan mula menurun sejak beberapa bulan lalu.

“Cukuplah kita kembali ber­disiplin dengan sentiasa memakai pelitup muka, kerap basuh tangan, mengambil suntikan dos penggalak serta tidak ke tempat sesak jika tiada keperluan mendesak,” katanya kepada ­Kosmo! di sini baru-baru ini.

Menurut beliau, hasil pepe­rangan itu boleh dilihat dalam tempoh enam minggu daripada sekarang.

“Sekarang ini, jumlah kes tinggi adalah hasil daripada dua ming­gu lepas yang mana rata-rata rakyat Malaysia bercuti ketika perayaan Tahun Baharu Cina. Mungkin ada dalam kalangan mereka yang alpa dan gagal mematuhi SOP ketika berada di kampung atau semasa bercuti.

“Namun, jika kita kembali mematuhi SOP yang ditetapkan, nilai bacaan R-naught (Rt) yang dicatatkan sekarang ini iaitu 1.2 dapat kita turunkan seterusnya melandaikan semula jangkitan kes menjelang Hari Raya Aidilfitri,” jelasnya.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor His­ham Abdullah meramalkan kes harian Covid-19 berisiko kembali mencecah lebih 20,000 kes menjelang hujung Mac jika bacaan Rt kekal pada kadar 1.2.

Beliau bagaimanapun yakin tahap keseriusan wabak itu dapat dikurangkan walaupun kes bakal melonjak tinggi berikutan kadar vaksinasi dan dos penggalak yang tinggi.

Kesimpulannya, Malaysia khususnya umat Islam masih mempunyai harapan untuk meraikan Aidilfitri tahun ini sekiranya semangat peperangan menentang Covid-19 terus dinyalakan dari semasa ke semasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI