fbpx

Saintis temui galaksi terbesar 3 bilion tahun cahaya dari Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan galasi Alcyoneus yang terletak pada jarak kira-kira 3 bilion tahun cahaya dari Bumi. – arxiv

WASHINGTON – Ahli-ahli astronomi menemui galaksi terbesar yang pernah ditemukan dalam satu penemuan yang menakjubkan, lapor laman berita Wion News kelmarin.

Alcyoneus merupakan galaksi gergasi terletak pada jarak sekitar 3 bilion tahun cahaya yang mencapai 5 megaparsek. Parsek merupakan unit ukuran yang digunakan untuk mengukur jarak objek angkasa di luar sistem suria.  

Cahaya bergerak pada kelajuan 300,000 kilometer sesaat.

Struktur bersaiz 16.3 juta tahun cahaya itu adalah struktur asal galaksi terbesar yang pernah ditemui manusia. 

Kekurangan pemahaman manusia berkaitan galaksi mega tersebut dan punca  pertumbuhan menakjubkan itu dipaparkan menerusi penemuan kali ini.

Penemuan itu bagaimanapun mungkin membuka jalan kepada pemahaman ebih mendalam tentang galaksi radio gergasi dan medium antara galaksi yang terapung di ruang angkasa raya.

Galaksi Alcyoneus ditemui menggunakan data daripada pemerhatian satelit Wide-field Infrared Survey Explorer milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) dan teleskop Low Frequency ARray (LOFAR) yang berpangkalan di Eropah. 

Teleskop tersebut merangkum kira-kira 20,000 antena radio yang didirikan di 52 kawasan di seluruh Eropah.

Ahli-ahli astronomi mendapati galaksi itu adalah galaksi berbentuk keluk yang biasa tetapi memiliki saiz kira-kira 240 bilion kali lebih besar daripada Matahari, demikian menurut penemuan yang diterbitkan menerusi jurnal Astronomi & Astrofizik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI