fbpx

City ambil tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY mendakwa logo dan nama yang digunakan oleh Santiago City cuba mengelirukan masyarakat umum serta bertujuan meraih keuntungan dalam pemasaran. – AFP

LONDON – Manchester City mengeluarkan amaran kepada sebuah pasukan dari Divisyen Tiga Chile untuk menghentikan penggunaan logo yang dianggap menyamai dengan pasukan tersebut.

Santiago City FC dituduh cuba untuk mengelirukan orang awam dengan penggunaan logo berkenaan bagi tujuan pemasaran yang menunjukkan bahawa mereka adalah sebahagian daripada City Football Group (CFG).

Juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu telah menghantar dokumen sembilan muka kepada kelab kerdil dari Amerika Latin itu pada 31 Januari lalu menerusi firma guaman Sergent & Krahn di Chile yang dianggap pakar dalam kes melibatkan harta inteleks.

SANTIAGO CITY

City mendakwa Santiago te­lah menggunakan logo yang me­ngandungi trademark dan karakter yang hampir sama seperti mana milik mereka.

Pasukan peguam City juga turut merujuk kepada kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Santiago yang baharu sahaja ditubuhkan itu bahawa mereka juga dengan sengaja menggunakan nama yang hampir sama dengan The Citizens dan pasukan lain di bawah pengurusan CFG.

Santiago City telah ‘menggantung’ laman sesawang rasminya sejak kelmarin, namun masih menyiarkan beberapa gambar sesi latihan para pemainnya menerusi laman Twitter yang memiliki 1,700 pengikut.

Dalam pada itu, pesawat yang membawa skuad City yang dalam perjalanan pulang ke Manchester selepas menewaskan Spor­ting Lisbon 5-0 pada aksi Liga Juara-Juara terpaksa mendarat di Liverpool ekoran cuaca buruk. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI