fbpx

Lima pasukan kritik Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUCATI memperkenalkan peranti baharu pada sesi ujian pramusim, namun ia mendapat tentangan daripada pasukan lain.

LONDON – Tindakan Ducati memperkenalkan inovasi baharu pada jentera Desmosedici GP22 ketika aksi pramusim di Sepang dan Mandalika membuatkan ramai pasukan tidak senang duduk dengan perkara tersebut.

Lima pasukan iaitu Honda, Yamaha, Suzuki, Aprilia dan KTM dikatakan mengkritik tindakan pasukan Ducati yang dilihat ter­desak untuk mencari kemenangan pada perlumbaan MotoGP 2022 nanti.

Sebelum ini, Ducati menjadi pasukan pertama yang mencipta pelbagai peranti baharu antaranya winglet, holeshot device dan banyak lagi sehingga menyebabkan ramai pasukan lain tiada pilihan dan terpaksa mengikutinya.

Pada sesi ujian pramusim di Malaysia dan Indonesia, Ducati menggunakan peranti baharu pada Desmosedici GP22 iaitu front ride height device untuk mengurangkan tekanan pada bahagian hadapan jentera.

Pengurus pasukan Red Bull KTM, Francesco Guidotti meng­akui kenyataannya itu bukan melibatkan KTM sahaja tetapi merupakan keputusan daripada Persatuan Pengeluar Sukan Motosikal (MSMA).

“Di MSMA, lima daripada enam pasukan melarang penggunaan peranti tersebut. Jelas pengenalan peranti tersebut membuang masa dan menambah lagi kos untuk membina jentera pada masa akan datang.

“Selain itu, sistem tersebut bukanlah satu bentuk pengembangan dalam aspek teknikal kerana sudah banyak kenderaan di luar sana menggunakannya iaitu suspensi elektronik. Jadi, ia sepatutnya tidak dibenarkan dalam saingan MotoGP

“Saya tidak tahu sama ada sistem sedemikian memberi kesan positif pada catatan masa tetapi ia adalah merugikan,” katanya.

Ketika ini, tiada sebarang ­aduan rasmi dibuat, namun beberapa pasukan akan melakukannya sebelum bermulanya saingan MotoGP di Qatar pada Mac nanti. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI