fbpx

Kos haji jemaah Indonesia tahun ini 45 juta rupiah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai dinasihatkan agar tidak bersedih sekiranya tidak dapat menunaikan haji pada berikutan pengurangan kuota pada tahun ini.-Gambar hiasan

JAKARTA – Menteri Agama Indonesia, Yaqut Cholil Qoumas mencadangkan kenaikan harga menunaikan ibadah haji jemaah negara itu kepada 45 juta rupiah (RM13,171), lapor laman berita Detik News, semalam.

Cadangan itu diusulkan oleh Yaqut ketika satu sesi perbincangan virtual bersama Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia (DPR RI).

“Cadangan kenaikan pembiayaan haji ini adalah sebanyak RM13,171 bagi seorang jemaah.

“Pembiayaan ini akan merangkumi tiket penerbangan, makan minum, visa dan ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) sebaik tiba di Arab Saudi,” ujarnya.

Kos jemaah haji dari Indonesia bagi musim 2022 adalah lebih tinggi berbanding dua tahun sebelumnya. 

Pada tahun 2020, kosnya adalah 31 juta rupiah (RM9,193)  hingga 38 juta (RM11,211) manakala pada tahun 2021 menjadi Rp 44.3 juta (RM12,950). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI