fbpx

336,848 warga emas dijangkiti Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Seramai 336,848 atau 11.5 peratus warga emas di negra ini telah dijangkiti Covid-19 setakat 7 Februari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pada masa sama, sebanyak 19,646 kes atau 61.3 peratus kematian melibatkan warga emas daripada jumlah 32,034 kes kematian yang telah dilaporkan.

“Sehingga 7 Februari lalu, seramai 3,335,309 warga emas atau 96 peratus telah melengkapkan dua dos vaksin Covid-19.

“Bagi dos penggalak pula, seramai 2,258,521 warga emas atau 67.7 peratus telah menerima dos berkenaan,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI