fbpx

Azira Shafinaz positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIRA berkongsi keputusan ujian PCR yang menunjukkan dia positif.

PETALING JAYA – Perkara yang paling ditakuti penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz iaitu menjadi mangsa Covid-19 akhirnya berlaku apabila dia disahkan positif.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya, Azira, 31, memaklumkan bahawa dia dijangkiti wabak berkenaan selepas ujian PCR yang dilakukannya buat kali kedua menunjukkan keputusan positif.

“Mimpi terburuk saya akhirnya jadi nyata hari ini. Dengan berat hati, saya ingin maklumkan bahawa saya disahkan positif Covid-19.

“Saya minta maaf kepada semua yang berkontak rapat dengan saya, sila lakukan ujian dengan segera. Maafkan saya kerana telah menyusahkan. Insya-Allah saya akan segera baik dan doakan kesembuhan saya,” tulisnya.

Disebabkan positif, Azira terpaksa menunda kerja-kerja seni seperti penggambaran untuk menjalani kuarantin.

Malah katanya, varian Omicron bukan main-main kerana ketika pertama kali melakukan ujian PCR, hasil keputusan adalah negatif.

“Omicron bukan main-main. Semalam ujian PCR saya negatif. Hari ini tiba-tiba ujian PCR kali kedua saya positif.

“Saya harap kalian jaga diri dan kekal selamat pada musim sekarang. Minum banyak air kosong dan ambil suntikan penggalak. Tolong jaga diri,” pesannya.

Beberapa minggu lalu, beberapa selebriti menjadi mangsa Covid-19 antaranya Ariff Bahran dan Afdlin Shauki. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI