fbpx

Bekas COO syarikat pembersihan guna dokumen palsu didenda RM200,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azmi (kiri) bersama peguamya, Shamsul di pekarangan Kompleks Mahkamah Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Seorang bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) sebuah syarikat pembersihan didenda RM200,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan menggunakan dokumen palsu sebagai tulen pada 2017 dan 2018.

Tertuduh, Azmi Amin Sarji, 53, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Mengikut ketiga-tiga pertuduhan pilihan itu, Azmi yang merupakan bekas COO Syarikat E-Idaman Sdn. Bhd. didakwa dengan curangnya menggunakan tiga dokumen sebagai tulen.

Dokumen tersebut iaitu sijil pembayaran bagi November 2017 berjumlah RM74,489, sijil pembayaran Disember 2017 yang juga berjumlah RM74,489 dan sijil pembayaran untuk Mac 2017 berjumlah RM426,935.

Penggunaan kesemua dokumen tersebut yang mana tertuduh didakwa mengetahui kesemuanya palsu adalah untuk membolehkan pihak tertentu membuat tuntutan bayaran dari syarikat berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI