fbpx

Polis jangan ketepi aspek keselamatan ketika bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (tiga dari kanan) bertanya khabar dua anggota polis yang cedera semasa melawat mereka di Perumahan Pegawai Kanan Polis, IPD Tumpat hari ini.

TUMPAT – Semua pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan dinasihatkan untuk tidak mengetepikan aspek keselamatan demi membantu masyarakat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, saranan itu diberikan selepas melihat keadaan dua pegawai dan dua anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat yang cedera parah selepas dilibas lelaki pesakit mental di Kampung Sedar di sini minggu lalu.

Menurutnya, kecederaan pegawai dan anggota polis itu sebenarnya menunjukkan mereka bersemangat semasa bertugas sehingga mencabar aspek keselamatan mereka untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan semasa dalam keadaan bahaya.

“Sehubungan dengan itu, saya akan membantu mereka yang komited semasa menangkap suspek yang sedang mengamuk dan dalam pengaruh dadah.

“Kecederaan ini mungkin memberi ruang kepada mangsa untuk menuntut insurans, namun kecederaan yang dialami pastinya memberi kesan kepada mereka,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan surat penghargaan dan sagu hati kepada dua pegawai dan dua anggota polis di Perumahan Pegawai Kanan Polis, IPD Tumpat di sini hari ini.

Sementara itu, salah seorang mangsa, Inspektor Mohd. Afifi Jamaluddin berkata, meskipun cedera ketika menjalankan tugas, beliau tidak perit dan terus berjuang demi tugas.

Katanya, beliau bersyukur kerana kecederaan yang dialami bertambah baik.

“Ini bukan kali pertama saya cedera. Sebelum ini, sudah beberapa kali saya mengalami cedera ringan ketika menjalankan tugas,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI