fbpx

Mangsa tetak, bakar disahkan mati terhidu asap kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditemui mati di sebuah bangunan panggung wayang lama di Simpang Kuala, Alor Setar pada kelmarin.

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang ditemui mati dipercayai akibat ditetak sebelum dibakar di sebuah bangunan panggung wayang lama di Simpang Kuala di sini pada kelmarin didapati meninggal dunia akibat terhidu asap kebakaran.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir memberitahu, proses bedah siasat ke atas mayat mangsa yang dipercayai berusia lewat 40-an itu selesai pada pukul 1.35 tengah hari semalam.

“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan terhidu asap kebakaran,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, identiti lelaki terbabit masih belum dapat dikenal pasti sehingga kini.

Kosmo! semalam melaporkan seorang lelaki ditemui mati dipercayai akibat ditetak pada tangan dan muka sebelum dibakar dalam kejadian di sebuah bangunan panggung wayang lama yang terbiar di Simpang Kuala.

Mayat mangsa berusia lingkungan lewat 40-an itu ditemui anggota bomba ketika melakukan kerja-kerja memadam kebakaran di bangunan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI