fbpx

Satu beg emas dilarikan suspek bernilai RM500,000 , tiada unsur orang dalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH kenderaan jenis Honda CRV yang dinaiki suspek terbalik dalam kejadian samun melibatkan pemilik kedai emas di Lukut, Port Dickson.

PORT DICKSON – Sebuah beg emas yang berjaya dilarikan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang yang bertindak menyamun seorang pemilik kedai emas di stesen minyak di Lukut di sini semalam dianggarkan bernilai RM500,000.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata, dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu suspek yang menaiki dua buah kenderaan jenis Honda CRV dan Perodua Myvi berjaya melarikan satu daripada tiga buah beg emas milik mangsa manakala dua beg berjaya dijumpai semula.

“Nilai anggaran satu beg emas yang berjaya dibawa lari oleh suspek itu dianggarkan RM500,000.

“Setakat ini,  pihak polis masih giat memburu lima orang suspek yang terlibat dalam kejadian samun itu dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, berdasarkan siasatan pihak polis juga menolak penglibatan orang dalam dalam kejadian samun  yang didakwa seolah-olah dirancang.

“Kumpulan suspek ini juga dipercayai bukan orang tempatan sebaliknya dari luar Port Dickson,” katanya.

Semalam Kosmo! melaporkan, dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu suspek yang menaiki dua buah kenderaan jenis Honda CRV dan Perodua Myvi berjaya melarikan satu daripada tiga buah beg emas milik mangsa manakala dua beg berjaya dijumpai semula. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI