fbpx

Fahmi Reza didakwa lagi hantaran jelik isu minuman keras

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi Reza ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

KUALA LUMPUR – Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza yang sebelum ini didakwa pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin menteri, dituduh lagi pertuduhan sama berhubung pengharaman penjualan minuman keras di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Bagaimanapun Fahmi Reza atau nama sebenarnya Mohd. Fahmi Reza Mohd. Zarin, 45, selaku Orang Kena Saman (OKS) mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan, Fahmi Reza didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui Facebook menggunakan nama profil  “Fahmi Reza” pukul 11.45 pagi pukul pada 1 Jun 2021.

Hantaran itu kemudian dibaca di sebuah unit apartment di Sentul Perdana, Bandar Baru Sentul di sini pukul 9 pagi pada 2 Jun 2021.

Berikutan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun peguam Rajsurian Pillai yang mewakili OKS memohon jumlah jaminan itu dikurangkan.

“OKS telah memberi kerjasama yang baik sepanjang siasatan dijalankan. OKS juga tidak akan mengganggu saksi-saksi pendakwaan,” kata peguam itu.

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, hakim Edwin membenarkan Fahmi Reza diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin.

Minggu lalu, Fahmi Reza mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan membuat penghantaran komunikasi jelik membabitkan isu peraturan kuarantin terhadap menteri yang pulang dari lawatan rasmi di luar negara melalui aplikasi Twitter tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI