fbpx

Kemarau jaringan Ronaldo berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO meraikan jaringan pembukaan pada minit ke-51 ketika membantu United menewaskan Brighton 2-0 pada aksi EPL di Stadium Old Trafford awal pagi semalam. – AGENSI

LONDON – Penyerang sensasi, Cristiano Ronaldo akhirnya menamatkan kemarau jaringan selama 47 hari dan 588 minit apabila meledak satu gol untuk membantu Manchester United menang 2-0 ke atas Brighton awal pagi semalam.

Ia menjadi jaringan pertama bintang Portugal itu pada 2022 dan kejayaan tersebut kembali meletakkan Manchester United di kelompok empat pasukan teratas liga untuk memburu slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Rakan senegara Ronaldo, Bruno Fernandes melengkap­kan malam gemilang buat skuad The Red Devils dengan satu lagi jaringan, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kemenangan Brighton di Stadium Old Trafford sehingga hari ini.

“Selepas tiga keputusan seri, kemenangan ini nyata cukup penting buat pasukan. Satu gol yang amat menakjubkan.

“Sudah pasti ini adalah prestasi terbaiknya dan dia sentiasa tampil penuh bertenaga untuk membantu rakan-rakan sepasukan,” kata pengurus sementara United, Ralf Rangnick mengenai prestasi Ronaldo.

Sementara itu, rakan sejawatnya di Brighton, Graham Potter menegaskan, tidak dapat dinafikan pasukan tuan rumah beraksi lebih baik pada perlawanan itu dan anak-anak buahnya terpaksa akur dengan kualiti dimiliki United.

“Kami terpaksa akur kerana dihukum oleh pemain yang dikenali memiliki penyudah berkelas dunia,” kata Potter.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI