fbpx

Lelaki ‘show off’ baju berjenama, tetapi nampak murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan penampilan seorang lelaki yang menggayakan pakaian berjenama.

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman seorang lelaki yang dilihat keluar mengayakan pakaian berjenama yang dipercayai lebih RM40,000.

Menerusi perkongsian video oleh @sifuwawa di TikTok, dia sempat memuat naik kapsyen menunjukkan harga setiap pakaian yang digayakan.

“Gaya penampilan di Genting Highlands.

“Beg tangan mewah janama Lady Dior, RM21,000, baju kemeja bernilai RM4,000 serta kasut jenama Louis Vuitton (LV) berharga RM5,000,” tulisnya.

Sehingga kini, video tersebut telah menerima lebih 2 juta tontonan.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai kurang senang dengan tindakan lelaki tersebut yang dianggap terlalu menunjuk-nunjuk.

“Minta maaf bang, keterlaluan sangat tu sikapnya, banyak duit pun, simpan sikap menunjuk-nunjuk tu, takut ramai membenci,” tegur seorang pengguna.

“Saya pakai baju pasar malam lagi nampak kemas dari abang, baik abang upah orang untuk pilihkan pakaian yang sesuai dengan abang supaya tak nampak murah,” ujar seorang pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI