fbpx

Scammer guna taktik sama terus tipu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Taktik menyamar sebagai pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan anggota polis untuk menipu wang orang ramai bukan taktik baharu sindiket penipuan, namun masih ada mangsa yang terpedaya sehingga kerugian ribuan ringgit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, seorang jurujual wanita berusia 37 tahun dari Lorong Sri Damai Perdana, di sini menjadi mangsa terbaharu sindiket berkenaan sehingga dia kerugian RM2,950.

Katanya, kejadian bermula pada 15 Februari lalu apabila mangsa menerima satu panggilan telefon daripada seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai wakil pihak LHDN.

“Suspek terbabit memberitahu bahawa mangsa mempunyai tunggakan cukai syarikat yang didaftarkan dengan namanya berjumlah RM36,600.90 namun mangsa menafikan tidak pernah mendaftarkan syarikat berkenaan.

“Suspek kemudiannya meminta mangsa membuat laporan polis berhubung perkara itu dan telah menyambungkan talian kepada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis dari Ibu Pejabat polis Kontijen (IPK) Pahang,”katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudian diberikan satu pautan yang menggunakan nama Bank Negara dan diminta untuk memberikan maklumat akaun bank sekiranya tidak mahu wang di dalam akaunnya dibekukan.

Katanya, selepas berbuat demikian, mangsa mendapati berlaku transaksi pemindahan wang membabitkan dua akaun bank miliknya malah wang simpananya juga telah berkurang sebanyak RM2,950.

“Mangsa mengesyaki telah menjadi mangsa sindiket penipuan dan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading, di sini,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI