fbpx

Suami Nourul Depp positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI, Nourul Depp dan suami, Eric.

PETALING JAYA – Penyanyi yang kini menetap di Bali, Indonesia, Nourul Depp memaklumkan mereka sekeluarga menjalani kuarantin kendiri selepas suaminya, Eric disahkan positif Covid-19.

Katanya, mereka tetap mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan pengasingan di rumah selepas dia dan tiga anak mereka tidak dijangkiti wabak tersebut selepas melakukan ujian kendiri.

‘”Jadilah positif walaupun ujian anda menunjukkan positif! Malangnya suami saya diuji positif dengan bacaan positif yang sangat rendah. Kami sekeluarga masih mengasingkan diri.

“Walaupun saya dan anak-anak negatif, tetapi kami akan buat juga ujian Tindak Balas Berantai Polimerase Masa Nyata (RT-PCR) pada Jumaat ini,” katanya.

Penyanyi Kerana Terluka itu berkongsi perkembangan keadaan keluarganya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 44, dan suaminya berhijrah ke pulau peranginan popular itu sejak September tahun lalu.

Pasangan yang mendirikan rumahtangga pada 2012 itu mengambil keputusan berpindah ke Bali demi pendidikan tiga cahaya mata mereka Zachary, 9; Raphael, 7; dan Isabella, 3.

Bagaimanapun puteri sulung Nourul menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya, Ajai, Ayu Nazirah, 24, tidak menyertai mereka.

Menerusi hantaran sama, Nourul turut meluahkan rasa syukur apabila sudah mendapatkan vaksinasi selain mengamalkan pengambilan suplemen.

Berdasarkan pengalaman berdepan risiko virus berkenaan, Nourul mengakui sedia pulang ke tanah air bagi mendapatkan vaksin penggalak.

“Suami saya hanya mengalami demam dan simptom seperti flu. Tiada gejala lain seperti sesak nafas atau hidung tersumbat. Kami cuma perlu ambil dos penggalak sahaja selepas ini.

“Mulanya ada perancangan nak balik ke Malaysia pada hujung bulan ini untuk ambil dos penggalak, tetapi nampaknya sukar sedikitlah buat masa sekarang.

“Kami semua okey. Lebih baik ambil dos penggalak itu untuk kuatkan sistem imunisasi bagi melawan virus ini. Insya-Allah, dengan pertolongan Allah SWT, semuanya akan baik-baik sahaja,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI